TABAHKAN DIRIMU

KITA TIDAK AKAN LARI DUGAAN KEHIDUPAN YANG SENTIASA MENGUJI KITA WALAU DIMANA SAHAJA.

Selasa, 5 Januari 2010

Antara aku dan kamu tetap ada DIA....



Mendengar ,melihat,memahami adalah fitrah yang tidak dapat dilepaskan dari kehidupan manusia.Percintaan itu juga adalah satu yang kita sentiasa dengar ,lihat dan fahami. Tapi dimanakah silapnya kita apabila berkata urusan ini ada la urusan kita berdua?dan siapakah orang ketiga disini?
ALLAH dialah tuhan kita yang menjadi orang ketiga didalam kehidupan kita.Tatkala adanya cinta pasti kita lupa siapakah yang melahirkan perasaan cinta itu sudah semestinya Allah dan apabila kata benci dimanakah silapnya?manusia yang jauh dari cinta Allah akan selalu terpikir apabila dirinya tidak dapat apa yang dia ingini pasti Allah yang disalahkan.Mengapa begitu wahai teman?Allah ada sebaik-baik pencipta  dan kita adalah sebaik-baik penciptaanNYA.
Mengapa peniaga selalu alpa?bahawa antara mereka dan pembeli adalah Allah ditengah-tengah mereka.
Antara guru dan pelajar siapakah di tengah-tengah mereka? antara suami dan isteri siapakah ditengah mereka?ditengah kehidupan ini adalah kepunyaan Allah yang menghubungkan antara dua cinta penciptaan NYA.Adakah sahabat semua faham mengapa saya kata Allah adalah diantara kehidupan kita semua?mengapa?

Mari kita renungkan  apabila seorang pelajar belajar di sekolah.Dan tanpa Allah diantara mereka.Adakah ilmu itu akan sampai kepadanya?Saya tegaskan lagi jika tanpa Allah diatara mereka adakah si pelajar akan dapat ilmu itu?Jauh sekali di pemikiran saya kalau tiada Allah diantara mereka pastinya ilmu itu tidak akan sampai kepada si pelajar.

Sematkan la dihati sahabat-sahabat semua Allah itu lah penghubung antara kita semua jika tiada nilai kasih sayang itu keranaNYA .Pasti tiada kita untuk mengeratkan silaturahim.Ingatlah antara aku dan kamu tetap ada DIA dihatiku.

Ahad, 3 Januari 2010

siapa aku untuk di hina?


Bukan la mudah bagi seorang manusia untuk menerima penghinaan .tapi percayalah aku bukan manusia yang selalu mendapatkan cinta .dimanakah aku harus mendapatkan kesuciaan cinta itu hati ku pedih menangung derita kerana cinta.Fahamilah! diriku bukan barang yang tidak bernyawa aku bernyawa hanya mintak dikasihi dan disayangi bukan dihina begitu keji dimatamu.Wahai manusia kembalilah cintamu kepada Allah kerana dia lah pemilik cinta dan dia lah yang melahirkan cinta.Aku tidak rela dihina begitu aku hamba Allah yang tidak terlepas dari lumrah kesalahan dek kealpaan.Wahai manusia marilah kembali ke jalan yang membawa mu kepada erti kesabaran.Bersama-sama mencari erti cinta yang abadi.tidak lah diri ini sanggup menerima kesakitan kerana penghinaan yang tidak berasas.
.Kembalilah kepada hadis Rasullulah:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : من أراد أن يعلم منزلته عند الله فلينظر كيف منزلة الله من قلبه فإن الله عزوجل ينزل العبد حيث أنزله العبد من نفسه ,

m/s: 57 Tazkiyah Nufus:

"
Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya.


kita semua adalah manusia wahai teman tidak terlepas dari kesusahan dan kesalahan yang kita lakukan.Adakala apa yang kita lakukan kita tidak perasan dan adakalanya kita mengkritik mereka tatkala mereka melakukan kesalahan .Sedarlah teman sebaik-baiknya adalah teguran
ingtlah

Firman ALLAH swt dalam surah an-nahl, 125;



'Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…'



dan lagi satu:


  hadis yang selalu kita dengar tapi tidak kita amalkan sebenarnya mari kita hayati:


Hadis dari muslim:




عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:  مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ  .
رَوَاهُ مُسْلِمٌ.

FreeFlashToys.com - Countdown Clocks

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

FreeFlashToys.com - Countdown Clocks

FreeFlashToys.com - Countdown Clocks

kenapa aku pilih mawar....




Kenapa wanita itu di ibaratkan seperti mawar...
bagiku mawar itu lah yang berharga dalam kehidupan ku...
adakah kerana mawar itu seperti wanita?
atau wanita seperti mawar?
bukan lah sedemikian sebenarnya,
tapi mawar itu amat berharga,
kenapa saya asyik bercakap tentang mawar?
kerana mawar ini berduri dan susah sekali untuk dihigapi oleh serangga..
dari pandangan yang lain mawar ini cantik dan sentiasa ingin dicium oleh setiap manusia tidak kira la sama ada lelaki mahupun perempuan ..
kerana mawar sering diibaratkan dengan perempuan,
kerana ada perempuan yang hidupnya seperti mawar,
cantik,wangi,indah dan mempunyai duri yang tajam,
itu la kadang-kadang ada tangan yang kotor memegangnya,
hilanglah semua keindahannya....
bagaimana hendak menjaga keindahanya?
lihat persekitarannya ............

wahai wanita jika jiwa mu lembut ,
pasti akan hadir dugaan yang keras untuk mengujimu,
jika ada cabaran kau pasti menghadapinya dengan iman
bukan lah dengan emosi
bangunlah wanita bangunlah dengan iman,
jangan kau bangun dengan emosimu...

Al-Qur'an > Surah Al A'raaf> Ayat 26

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

marilah beringat....